Sunday, 15 December 2013

Gusi Berdarah semasa memberus gigi???




Pernahkan anda mengalami situasi dimana gusi anda berdarah semasa memberus gigi atau ketika anda membuang lebihan buih ubat gigi, anda melihat buih-buih tersebut bercampur dengan darah? Penyakit periodontal atau lebih dikenali sebagai penyakit gusi sering dialami pada semua peringkat umur. Kebiasaannya ramai yang tidak mengetahui masalah penyakit itu sebelum mendapatkan rawatan. Ini menyebabkan ramai yang kehilangan gigi walaupun mereka masih muda.



Sisa makanan yang lembut akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi. Sisa makanan atau plak yang terbiar tanpa dibersihkan akan menjadi keras dan dipanggil kalkulus. 



Kalkulus semakin bertambah 
Kalkulus baru

Air liur yang mengandungi kalsium akan menyebabkan plak menjadi keras. Pada tahap ini
plak tidak boleh dibersihkan dengan berus dan anda terpaksa mendapatkan bantuan doktor gigi.

Tanda-tanda awal seeorang menyidap penyakit gusi ialah:-


i.
Mulut akan berbau busuk

ii.
Gusi menjadi merah dan mudah berdarah apabila diberus atau mengunyah makanan yang keras
iii..
Gusi akan membengkak dan kadang-kadang bernanah
iv.

Gigi akan menjadi longgar dan akhirnya terpaksa dicabut.



Kalkulus yang terbiar lama akan menjejaskan kesihatan mulut dengan menyebabkan gusi membengkak dan akhirnya menghakis tulang alveolar ( iaitu tulang yang menyokong akar gigi dalam rahang).

Proses penghakisan tulang alveolar itu akan memakan masa yang lama.Tulang alveolar akan menyurut menyebabkan gigi menjadi longgar kerana ketiadaan tulang penyokong. Walaupun tidak mempunyai karies atau berlubang,fungsi gigi boleh terjejas dengan penyakit gusi. Rawatan segera perlu untuk memulihkannya. 





Rawatan yang diberi ialah scaling iaitu mencuci gigi dan membuang kalkulus. Alat yang digunakan untuk mencuci dipanggil ultrasonic scaler. Rawatan itu akan menyebabkan gusi anda berdarah kerana gusi yang bengkak mudah berdarah. 





Jika penyakit gusi pada tahap yang lebih serius,kaedah biasa tidak mencukupi untuk merawatnya. Gusi yang bengkak atau bernanah perlu dikeluarkan atau dipotong dengan melakukan satu pembedahan kecil. Penyakit itu selalu melibatkan lebih dari satu bahagian rahang, dan pembedahan kecil akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. 


Splinting
Gigi yang longgar kadangkala boleh menjadi kukuh semula tetapi ia akan mengambil masa yang agak lama. Bagi gigi yang terlalu longgar, rawatan splinting perlu dilakukan untuk mengukuhkan gigi dalam rahang. Kadangkala gigi yang longgar terpaksa dicabut dan digantikan dengan gigi palsu. 


Bagaimanapun,kejayaan rawatan periodontik bergantung kepada kerjasama pesakit kerana tanpa penjagaan kebersihan mulut ia tidak akan berhasil. Penyakit gusi sering kali mudah berbalik semula.









No comments:

Post a Comment