Friday, 10 January 2014

PENYAKIT HATI ATAU KERADANGAN HATI

Hepatitis A, B, C

Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan seseorang dan lain-lainnya.
Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis.
Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:
  • Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
  • Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
  • Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.
Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?
Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah:
  • Merasa letih
  • Kurang selera makanLoya
  • Muntah
  • Sakit perut (abdomen)
  • Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
  • Air kencing berubah warna menjadi warna teh
  • Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat
Apakah komplikasi hepatitis yang kronik ?
Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati. Tanda-tanda sirrosis hati ialah :
  • Abdominal membengkak
  • Sangat mudah lebam
  • Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan
  • Muntah darah
  • Najis hitam
Komplikasi sirrosis hati:
  • Kanser hati
  • Maut
Bila sirrosis hati tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau komplikasi tidak terkawal lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu memerlukan pemindahan organ hati yang baru menerusi prosedur transplan.
Kumpulan Sokongan
Malaysian Liver Foundation.
Hepatitis A
Apakah hepatitis A?
Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A . Tanda-tanda hepatitis biasanya muncul hari 15 ke 45 selepas dijangkiti. Pesakit itu mengalami tanda-tanda hepatitis dan juga cirit-birit dan demam. Bagaimanapun ada setengah-tengah kes, menpunyai tanda-tanda ringan atau tiada tanda-tanda. Simptomnya lebih kepada individu yang umurnya lebih tua . Simptom-simptom yang lebih teruk dan radang hati memerlukan kemasukan hospital. Hepatitis A akut akan baik dalam 6 bulan dan tidak menjadi penyakit hati yang kronik.
Siapakah yang mempunyai risiko mendapatkan jangkitan hepatitis A ?
  • Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
  • Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
  • Hubungan seks sesama lelaki.
Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis A ?
Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis A :
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai dan memeriksa anda.
Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis A.
Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu dimasukkan ke hospital.
Kebanyakan pesakit memerlukan rawatan untuk simptom-simptom dan masa perhatian sahaja
Hepatitis A yang teruk mempunyai kemungkinan membawa maut.
Biasanya penyakit ini tidak memerlukan penjagaan kesihatan yang lama.
Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
Penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan yang sempurna dan sanitasi boleh mencegah hepatitis A. Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum makan atau menyediakan sajian makanan.
Terdapat vaksin untuk Hepatitis A untuk pencegahan dalam masa panjang.
Hepatitis B
Apakah Hepatitis B?
Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia.
Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti. Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. Bagaimanapun, setengah-tengah individu tiada simptom-simptomnya.
Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati.
Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil. Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?
Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.
Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis B ?
Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis B.
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati.
Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan perlu untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.
Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.
Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
  • Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian saringan Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mesti runding dengan doktor, jikalau mereka negatif, untuk mencegah boleh mendapat vaksin.
  • Amalkan hubungan seks yang selamat .
  • Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
  • Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah perlu dimasuk ke dalam beg plastik dan dibuang. Balut luka itu dengan plaster.
  • Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain.
Penjagaan sendiri:
  • Anda amalkan cara hidup yang sihat.
  • Anda perlu menjauhi alkoloh.
  • Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
  • Anda patut mendengar nasihat doktor.
Hepatitis C
Apakah Hepatitis C ?
Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom. Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia . Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis C?
Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
  • Pesakit menggunakan haemodialysis.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)
Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis C ?
Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis C:
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis C dan ujian ultrasound organ hati.
Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.
Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.
Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
Tidak ada vaksin hepatitis C.
  • Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis C. Jikalau mereka positif, mereka mesti berunding dengan doktor.
  • Risiko untuk dijangkiti hepatitis adalah sedikit, tetapi jikalau anda mengamalkan hubungan lebih satu pasangan, anda dinasihatkan menggunakan kondom. Amalkan hubungan seks yang selamat .
  • Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
  • Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.
  • Jikalau anda mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis C dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain.
Penjagaan sendiri:
  • Anda amalkan cara hidup yang sihat.
  • Anda perlu menjauhi alkohol.
  • Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
  • Anda patut mendengar nasihat doktor.
credits  Dr Tan Seok Siam

3 comments:

  1. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser


    ReplyDelete

  2. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 4687470 EN ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    ReplyDelete
  3. Titanium Fidget Spinner - TI Design - TikTok
    2018 · 1 post · 1 authorTi titanium fidget spinner. 2018. 2. where to buy titanium trim 1 postTitanium Fidget Spinner. worrione 2018. 2. welding titanium 1 postTitanium microtouch titanium trim Fidget Spinner. 2018. 3. titanium ring 1 postTitanium Fidget Spinner. 2018.

    ReplyDelete