Monday, 16 December 2013

20 Petua di dapur

Petua Di Dapur 

Berikut antara petua-petua yang boleh diamalkan ketika berada di dapur.
01- Kacang cepat empuk
Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi.
02- Menghilangkan bau hangit 
Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau  masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.
03- Cili giling terlalu pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas,

Sunday, 15 December 2013

20 Petua kesihatan


Berikut merupakan sedikit perkongsian petua-petua mengenai kesihatan..Tidak salah kita mencuba amalan petua ini yang penting sumber bahan yang digunakan 100% daripada bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia.. selamat mencuba.. 

01- Masalah kencing tidak lawas 
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras

Gusi Berdarah semasa memberus gigi???




Pernahkan anda mengalami situasi dimana gusi anda berdarah semasa memberus gigi atau ketika anda membuang lebihan buih ubat gigi, anda melihat buih-buih tersebut bercampur dengan darah? Penyakit periodontal atau lebih dikenali sebagai penyakit gusi sering dialami pada semua peringkat umur. Kebiasaannya ramai yang tidak mengetahui masalah penyakit itu sebelum mendapatkan rawatan. Ini menyebabkan ramai yang kehilangan gigi walaupun mereka masih muda.



Sisa makanan yang lembut akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi. Sisa makanan atau plak yang terbiar tanpa dibersihkan akan menjadi keras dan dipanggil kalkulus. 



Kalkulus semakin bertambah 
Kalkulus baru

Air liur yang mengandungi kalsium akan menyebabkan plak menjadi keras. Pada tahap ini