Wednesday, 3 April 2013

Plak Gigi ( Tahi Gigi)


Plak gigi / Tahi Gigi

Plak gigi atau nama glamour "Tahi Gigi" ialah lapisan bakteria yang melekit dan tidak berwarna, Ianya sentiasa terbentuk dan melekap pada permukaan gigi dan lain-lain permukaan dalam mulut seperti tampalan, permukaan korona gigi (sarung gigi) dan gigi palsu. Plak sering disalah tafsirkan sebagai sisa makanan di celah-celah gigi. selain itu, Plak gigi juga sentiasa membentuk lapisan beberapa ketika selepas memberus gigi..  Jadi dapatkah anda bayangkan ketebalan plak gigi anda jika tidak diberus  dalam sehari? Dua hari??

Di dalam plak terdapat lebih dari 500 jenis bakteria. Dengan teknologi terkini, plak telah dikenal pasti sebagai biofilem.
Biofilem adalah satu komuniti bakteria yang kompleks yang melekap pada sesuatu permukaan dan terlindung dengan satu lapisan. Lapisan pelindung inilah yang menyebabkan bakteria tersebut tidak terjejas oleh antibiotik, ejen antikuman, dan sistem ketahanan badan.

Plak pada permukaan gigi

Plak yang telah diwarnakan
Kalkulus (tartar) atau nama glamour "Karang Gigi" adalah plak yang telah mengeras kerana telah terbiar lama atau tidak dibersihkan. Ia biasa terdapat di permukaan dalam gigi hadapan di rahang bawah dan di permukaan luar gigi belakang di rahang atas(iaitu di kawasan berhampiran dengan bukaan salur air liur). Ianya disebabkan oleh pengumpulan bahan mineral dari air liur ke dalam plak secara berterusan. Apabila kalkulus telah terbentuk , ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul di kawasan tersebut.

Kalkulus di belakang gigi hadapan di rahang bawah
alt
Adakah plak gigi berbahaya?
Ya, jika plak gigi tidak dibersihkan dengan berkesan, ianya boleh menyebabkan:
  • Penyakit gusi (periodontium) - pengumpulan plak akan menyebabkan gusi mengalami keradangan..Pada peringkat awal penyakit gusi(gingivitis), hanya tanda-tanda seperti kemerahan, sedikit kebengkakan dan perdarahan dikesan, Jarang sekali menyebabkan kesakitan. Walau bagaimanapun jika tidak dirawat, gingivitis akan menjadi periodontitis iaitu penyakit gusi yang serius yang menyebabkan kerosakan tisu dan tulang penyokong gigi. Akhirnya boleh mengakibatkan kehilangan gigi. Jangkitan kuman ini juga boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain
                    
                      Gingivitis
Penyakit Periodontium
  • Kerosakan gigi (karies gigi) - ianya adalah kerosakan setempat struktur gigi disebabkan oleh asid yang terhasil dari huraian (breakdown) gula oleh bakteria. Kaviti (lubang) akan terbentuk pada gigi.
  • Nafas berbau (halitosis) - kewujudan bakteria pada gigi, lidah dan permukaan dalam mulut yang lain boleh menghasilkan bahan toksik yang mengeluarkan bau busuk. Ianya menyebabkan nafas juga berbau

Bagaimana untuk membersihkan plak gigi dan kalkulus?

Penskaleran menggunakan Ultrasonic Scaler
Penskaleran secara manual
       

Penskaleran akan membersihkan kalkulus dan plak dari permukaan gigi dan di bawah gusi. Walau bagaimanapun ianya hanya boleh dilakukan di klinik pergigian. 

Sebelum dan selepas rawatan penskaleran.
Cara terbaik untuk mengelak pembentukan kalkulus adalah dengan membersihkan plak yang akan membentuk kalkulus tersebut. Plak gigi boleh dibersihkan dengan penjagaan kesihatan mulut yang baik dengan ;
  • Memberus gigi dengan cara yang efektif
  • Menggunakan flos dengan betul

No comments:

Post a Comment