Pages

categories

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, 2 May 2014

Tips Membeli atau memilih jam tangan Lelaki

Cara Membeli : Walaupun terdapat kadang-kadang tawaran dan juga penemuan-penemuan yang besar dalam talian , kelaziman jam tangan cerdik dan pengamal yang meragukan bermakna taruhan terbaik adalah untuk pergi ke peniaga yang diberi kuasa atau peruncit seperti Tourneau yang yang berlesen untuk menjual pelbagai jenama serta sendiri. Datang dengan bajet, dan jika jam tangan yang anda suka di luar bajet yang , mempertimbangkan beberapa pilihan yang akan membantu menurunkan harga seperti keluli tahan karat (atau kulit) gelang lebih emas putih, jam tangan anda jenis automatik - atau hanya memilih jenama yang kurang dikenali yang masih berkualiti tinggi. Dan tidak mengharapkan untuk melakukan banyak rundingan. Jika anda berlaku untuk mencari seorang peniaga yang bersedia untuk menawarkan diskaun , jarang sekali lebih dari 5 atau 10 peratus. ( Beberapa jenama , seperti Rolex dan Cartier, tidak membenarkan mana-mana kelonggaran pada semua harga barangan mereka. )
Tiga Jenis-jenis Pergelangan tangan , Tiga Jenis-jenis Jam
Hairy : Elakkan gelang logam dengan pautan,

Tuesday, 11 February 2014

20 Petua Kecantikan


Berikut 20 petua kecantikan yang boleh diamalkan.
01- Bibir merekah 
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
02- Masalah jerawat 
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.
03- Rambut kekal hitam 
Agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.
04- Jerawat batu 

Monday, 16 December 2013

20 Petua di dapur

Petua Di Dapur 

Berikut antara petua-petua yang boleh diamalkan ketika berada di dapur.
01- Kacang cepat empuk
Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi.
02- Menghilangkan bau hangit 
Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau  masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.
03- Cili giling terlalu pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas,

Sunday, 15 December 2013

20 Petua kesihatan


Berikut merupakan sedikit perkongsian petua-petua mengenai kesihatan..Tidak salah kita mencuba amalan petua ini yang penting sumber bahan yang digunakan 100% daripada bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia.. selamat mencuba.. 

01- Masalah kencing tidak lawas 
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras

Friday, 3 May 2013

Petua Jimat Cuci Buah Pinggang


 Photo: CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00 

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi! 


selamat mencuba,

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak

Petua Sihat dengan Sayur Taugeh


 

Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen

Wednesday, 1 May 2013

Khasiat Daun Sireh


Perubatan tradisional banyak menggunakan daun sirih untuk meredakan kesakitan. Daun sirih mengandungi eugenol yang bersifat antifungal. Ia berfungsi untuk menghalang perkembangan yis dari Candida albicans.
Daun sirih juga mengandungi antiseptik yang berperanan membunuh bakteria. Sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif. Antara manfaat daun sirih termasuk seperti di bawah:
1.      Bayi kembung perut
Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang.
2.      Masalah keputihan
Rebus 10 helai daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci vagina.

Petua Hilangkan Urat yang Kelihatan Timbul


Ibu-ibu hamil sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Ada petua tradisional yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini.
1.      Ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala atau ambil sebesen air suam,

Monday, 15 April 2013

Petua awet muda cara Islam



Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Sunday, 14 April 2013

Petua mencantikkan Wajah dengan hanya menggunakan Tomato Segar.


1.tomatoessss.

kebaikkan tomato yang tak dapat disangkal lagi adalah...
TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

10 Petua untuk kecantikan kulit & Wajah
























Masalah jerawat  - Jerawat dan jeragat memang ditakuti terutamanya kepada kaum perempuan. Gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus. Campur dengan air mawar atau lebih mudah dengan air masak. Sapu ke muka. Amalkan dua kali seminggu.


Segarkan kulit muka- Jus epal hijau yang diperah. Sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Hilangkan tanda hitam pada badan – Ambil beberapa helai daun sireh, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sireh tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Kulit cerah dan licin  - Sebiji limau nipis dibelah dua. Gosok pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan setiap hari.

Menghilangkan parut – Sedikit asam jawa dicampur dengan air dan diramas. Kemudian, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

Menegangkan kulit muka – Gunakan tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan atau lumatkan timun. Kemudian, campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan tidak terlalu cair. Sapukan ke muka dan biar sehingga kering. Bilas dengan air.

Merawat kulit berkedut - Parut sebatang lobak merah dan campur bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu disapu ke kulit sekali sehari.

Tegangkan kulit muka – Campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk sehingga lumat. Sapu di muka dan leher. Amalkan dua kali seminggu.

Masalah kulit perut berkedut - Satu sudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah. Amalkan dalam masa dua minggu.

Hilangkan Parut Demam Campak – Hilangkan tanda hitam demam campak dengan daun semambu. Gilingkan hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Amalkan selama 3 hari. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

Kulit dan wajah yang cantik bermula daripada diri sendiri. Menggunakan buah-buahan, herba dan tumbuh-tumbuhan adalah cara selamat merawat kulit.


Petua sembuhkan Luka Selepas bersalin


Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.
1.      Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini

Petua mengenai buah-buahan dan sayur

Kita telah sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran kaya khasiat. Pengambilannya secara berkala mampu menjamin tubuh mendapat zat yang sepatutnya. Namun, ada ketikanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di dapur kurang memuaskan. Jadi, apa yang boleh dilakukan? Jom ikut petua ini.
  • Epal
Setiap kali memotong buah epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah warna dan kekal segar, rendamlah buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.
  • Cendawan
Cendawan agak sukar dibersihkan. Tetapi, jika pandai, tentu tidak ada masalah. Cara terbaik untuk