Tuesday, 16 April 2013

Kenali Insan yang bergelar Lelaki




1. Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

2. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang

Keistimewaan Wanita Dari Sudut Pandangan Islam



1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

Jom Kenali Produk Anti Penuaan Anda..



Pengenalan
Setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai kulit yang sentiasa kelihatan muda dan menawan. Namun, sejauh mana keinginan tersebut dapat direalisasikan? Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman, produk anti-penuaan turut menjadi pilihan bagi sesetengah individu untuk memelihara kulit daripada kesan penuaan. Proses penuaan kulit dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu proses semulajadi dalam badan dan kesan persekitaran. Antara faktor persekitaran yang boleh menjejaskan struktur kulit adalah cahaya matahari, asap serta pendedahan kepada bahan kimia tertentu. Pendedahan berterusan terhadap sinaran matahari adalah punca utama yang menyebabkan kesan penuaan kulit pramatang. Kesan penuaan kulit selalunya dapat dilihat dengan wujudnya garis-garis halus atau kedutan, kulit kendur, kasar dan kusam pigmentasi, serta tona warna kulit yang tidak sekata. Oleh yang demikian, kita seringkali melihat iklan di kaca tv atau majalah tentang produk anti penuaan yang menjurus kepada produk yang boleh membantu untuk mengurangkan atau melindungi kulit daripada kesan penuaan tersebut.
Kandungan Dalam Produk Anti Penuaan
Terdapat pelbagai jenis formulasi produk anti penuaan yang boleh ditemui di pasaran. Berikut adalah bahan-bahan yang biasa ditemui dalam produk sedemikian:

Monday, 15 April 2013

Petua awet muda cara Islam



Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Sunday, 14 April 2013

Petua mencantikkan Wajah dengan hanya menggunakan Tomato Segar.


1.tomatoessss.

kebaikkan tomato yang tak dapat disangkal lagi adalah...
TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

10 Petua untuk kecantikan kulit & Wajah
























Masalah jerawat  - Jerawat dan jeragat memang ditakuti terutamanya kepada kaum perempuan. Gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus. Campur dengan air mawar atau lebih mudah dengan air masak. Sapu ke muka. Amalkan dua kali seminggu.


Segarkan kulit muka- Jus epal hijau yang diperah. Sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Hilangkan tanda hitam pada badan – Ambil beberapa helai daun sireh, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sireh tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Kulit cerah dan licin  - Sebiji limau nipis dibelah dua. Gosok pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan setiap hari.

Menghilangkan parut – Sedikit asam jawa dicampur dengan air dan diramas. Kemudian, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

Menegangkan kulit muka – Gunakan tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan atau lumatkan timun. Kemudian, campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan tidak terlalu cair. Sapukan ke muka dan biar sehingga kering. Bilas dengan air.

Merawat kulit berkedut - Parut sebatang lobak merah dan campur bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu disapu ke kulit sekali sehari.

Tegangkan kulit muka – Campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk sehingga lumat. Sapu di muka dan leher. Amalkan dua kali seminggu.

Masalah kulit perut berkedut - Satu sudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah. Amalkan dalam masa dua minggu.

Hilangkan Parut Demam Campak – Hilangkan tanda hitam demam campak dengan daun semambu. Gilingkan hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Amalkan selama 3 hari. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

Kulit dan wajah yang cantik bermula daripada diri sendiri. Menggunakan buah-buahan, herba dan tumbuh-tumbuhan adalah cara selamat merawat kulit.


Petua sembuhkan Luka Selepas bersalin


Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.
1.      Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini

11 sebab wanita membebel









Pernahkah anda menghadapi situasi wanita, kekasih, isteri, kawan perempuan membebel pada anda? Mungkin pernah atau pun belum lagi dibebel. Adakah membebel itu memang sifat wajib yang ada pada wanita? 

Bagi lelaki yang tahan dengan bebelan mereka pasti tiada masalah untuk mengharunginya. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang "pantang" dibebel? Pasti panas telinga mendengar.

Kadangkala kita bertanya "kenapalah awak ni suka sangat membebel?" kan? Atau juga kita berkata "Awak ni tak habis-habis nak membebel la" Sambil menyumpah #^@&&. Situasi lebih buruk jika bila wanita membebel lelaki pun ikut sama membebel. Pasti huru hara kan?

Adakah kita pernah tanya kepada mereka kenapa mereka suka sangat membebel? Bagi yang belum pernah tanya dan tak mahu bertanya atau mahu tahu apa sebab mereka suka sangat membebel siang dan malam tak kira pada kita, pada anak atau pada jiran (tu pun kalau terlebih advance bab membebel ni).

11 sebab kenapa perempuan kuat membebel yang perlu anda tahu adalah seperti dibawah.

Petua mengenai buah-buahan dan sayur

Kita telah sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran kaya khasiat. Pengambilannya secara berkala mampu menjamin tubuh mendapat zat yang sepatutnya. Namun, ada ketikanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di dapur kurang memuaskan. Jadi, apa yang boleh dilakukan? Jom ikut petua ini.
  • Epal
Setiap kali memotong buah epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah warna dan kekal segar, rendamlah buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.
  • Cendawan
Cendawan agak sukar dibersihkan. Tetapi, jika pandai, tentu tidak ada masalah. Cara terbaik untuk

Kenalpasti Masalah kulit bayi anda


1. Ruam panas
Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.

Rawatan : Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.

2. Ruam Lampin
Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.