
Kita telah sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran kaya khasiat. Pengambilannya secara berkala mampu menjamin tubuh mendapat zat yang sepatutnya. Namun, ada ketikanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di dapur kurang memuaskan. Jadi, apa yang boleh dilakukan? Jom ikut petua ini.
- Epal
Setiap kali memotong buah epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah warna dan kekal segar, rendamlah buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.
- Cendawan
Cendawan agak sukar dibersihkan. Tetapi, jika pandai, tentu tidak ada masalah. Cara terbaik untuk