Showing posts with label petua di dapur. Show all posts
Showing posts with label petua di dapur. Show all posts

Monday, 16 December 2013

20 Petua di dapur

Petua Di Dapur 

Berikut antara petua-petua yang boleh diamalkan ketika berada di dapur.
01- Kacang cepat empuk
Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi.
02- Menghilangkan bau hangit 
Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau  masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.
03- Cili giling terlalu pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas,