Hepatitis A, B, C
Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan seseorang dan lain-lainnya.
Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis.
Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:
- Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
- Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
- Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.
Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?
Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah:
- Merasa letih
- Kurang selera makanLoya
- Muntah
- Sakit perut (abdomen)
- Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
- Air kencing berubah warna menjadi warna teh
- Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat
Apakah komplikasi hepatitis yang kronik ?
Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati. Tanda-tanda sirrosis hati ialah :
- Abdominal membengkak
- Sangat mudah lebam
- Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan
- Muntah darah