Sunday, 13 August 2017

ILMU ORANG BERJAYA


Syukur Alhamdulillah hari kami diberi peluang belajar ilmu berharga dengan Seorang Tauke Perabot. Sangat kagum dengan semangat dan pemikiran jauh beliau dalam business. Selalu datang kedai dia beli barangan perabot saja. Hari ni dapat duduk sembang santai dan belajar banyak benda baru dari beliau dalam dunia perniagaan.

Antara perkongsian cerita tadi ialah kesilapan yang beliau lakukan dalam perniagaan iaitu menyimpan wang di
dalam bank untuk tempoh yang lama. “berapa banyak saya rugi simpan duit RM****** di bank 3 tahun, tiada buat apa-apa… dari Tukaran 1 USD = RM3.05 hingga 3.5.. “ Wang keuntungan dan modal perniagaan habis dimamah inflasi. Wang kertasnya selamat tetapi nilainya jatuh bila Ringgit terkesan dengan krisis ekonomi. Menyesal tidak berguna, beliau bangkit dan meneruskan usaha, belajar dari kesilapan. Hasilnya Sekarang beliau mempunyai 2 cawangan di Beaufort dan beberapa business di luar Negara.

Ingat pada janji Allah SWT yang berbunyi, “ kamu mendapat apa yang kamu usahakan”

Antara point penting yang kami dipelajari tadi adalah:-
  • Ilmu yang bermanfaat seharusnya dikongsi supaya ilmu itu berkembang. Jangan kedekut dengan ilmu untuk majukan orang lain.
  • Berusaha bersungguh sungguh untuk majukan diri dalam agama dan ekonomi.
  • Wang tidak sesuai dijadikan simpanan dalam jangka masa yang panjang. Sebaiknya simpanlah dalam bentuk emas atau hartanah.
  • Belajarlah dari kesilapan orang lain, belajar dari kesilapan sendiri nilainya tinggi untuk dibayar. Bak Kata Mentor Emas Kami “Belajar dari kesilapan Diri itu bijak, Tetapi Belajar dari kesilapan orang lain itu lebih bijak”
Seronok berkongsi pengalaman dengan beliau dan dia memang seorang yang celik emas. “Simpan emas bagus, memang tidakkan rugi punya..” Beliau juga pernah membuat business emas di Sipitang suatu ketika dulu.. “Saya Jual Emas saja. Bila ada customer datang mau jual balik emas diorang, saya tidak mau ambil balik.. nanti jadi riba, saya takut mau terima gadai diorang”. Dia turut memuji Public Gold sebab mengenakan “Spread” yang rendah iaitu di bawah 10% untuk belian balik semua emas produk Public Gold.

Paling best walaupun dia seorang yang Berjaya, dia sentiasa tunduk dan kembali kepada Maha Pencipta, Dia tidak sombong atau meninggi diri. Beliau sangat pemurah tak kira ilmu mahupun “Diskaun”(hehehe)😆. “Saya Suka tengok bangsa kita sendiri buat Business dan maju, okla saya kasi lagi kamu #Diskaun RM**..” Alhamdulillah,.. Terima Kasih atas tips2 dan nasihat berguna yang dikongsikan. Insyaaallah kami akan terapkan dalam business kami.. Semoga beliau sentiasa Maju dan success tidak kira di dunia mahupun akhirat insyaaallah…


*Gambar kenangan bersama beliau dengan 1gram emas 999.9 Public Gold edisi Rooster, merdeka dan Birthday

No comments:

Post a Comment