Showing posts with label plak. Show all posts
Showing posts with label plak. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

Plak Gigi ( Tahi Gigi)


Plak gigi / Tahi Gigi

Plak gigi atau nama glamour "Tahi Gigi" ialah lapisan bakteria yang melekit dan tidak berwarna, Ianya sentiasa terbentuk dan melekap pada permukaan gigi dan lain-lain permukaan dalam mulut seperti tampalan, permukaan korona gigi (sarung gigi) dan gigi palsu. Plak sering disalah tafsirkan sebagai sisa makanan di celah-celah gigi. selain itu, Plak gigi juga sentiasa membentuk lapisan beberapa ketika selepas memberus gigi..  Jadi dapatkah anda bayangkan ketebalan plak gigi anda jika tidak diberus  dalam sehari? Dua hari??

Di dalam plak terdapat lebih dari 500 jenis bakteria. Dengan teknologi terkini, plak telah dikenal pasti sebagai biofilem.
Biofilem adalah satu komuniti bakteria yang kompleks yang melekap pada sesuatu permukaan dan terlindung dengan satu lapisan. Lapisan pelindung inilah yang menyebabkan bakteria tersebut tidak terjejas oleh antibiotik, ejen antikuman, dan sistem ketahanan badan.

Plak pada permukaan gigi

Plak yang telah diwarnakan