Panduan untuk anda dan pasangan sentiasa mengecapi kemanisan dalam perhubungan. Bukan mudah untuk mengecapi dan mengekalkan kemanisan dalam perhubungan walau usia perkahwinan telah mencapai jarak yang panjang.
1.Sentuhan-Jadikan rutin apabila berselisih di dalam rumah sentuhla pasangan kita. Kalau selisih seorang nak ke dapur dan seorang nak ke bilik, sentuh la pasangan sekali lalu. Nampak remeh tetapi ia sangat bermakna bagi pasangan kita.
2.Ciuman pagi-Pastikan setiap pagi sebelum pergi ke pejabat berikan kucupan buat pasangan. Hangatkan saat manis seperti pengantin baru walau kamu telah bertahun hidup bersama.
3.Pelukan-Pelukan itu perlu. Sesekali pelukla pasangan apabila bersantai menonton tv bersama. Kehangatan cinta pasti akan terus terasa dan kamu tak akan pernah rasa jemu untuk bersama si dia
4.Gurauan-Bergurau senda sejak dari mula kenal sampailah dah bertahun membina mahligai cinta adalah salah satu terapi terbaik dalam perhubungan antara kamu dan si dia.
5.Senyuman-Perasan tak semakin lama bersama semakin kurang senyuman yang kita berikan kepada pasangan? Ye, faktor kesibukan menjadi penghalang. Tetapi cubalah memberikan senyuman manis sekerap mungkin buat pasangan kita agar cinta terus mekar selamanya.
6.Makan bersama-Pastikan sehari sekali kamu luangkan masa makan berjemaah bersama si dia. Makan berama nampak remeh, tetapi ia sangat bermakna dan dapat merapatkan hubungan.
7.Solat bersama-Pastikan jika ada bersama kamu dan dia solat berjemaah. Alangkah bahagianya solat berimamkan suami tercinta.
8.Pakai Sedondon-Perlu kah memakai sedondon? bagi Kasih Suci sangat perlu. Nampak remeh tetapi bila memakai pakaian warna sedondon perasaan sesuatu yang sangat istimewa antara kamu dan dia tu sangat kuat.
9.Masak-Masak la makanan kegemaran si dia. InsyaAllah dia akan kenang usaha kamu memasak masakan kegemaran dia
10.Beraktiviti bersama-Lakukan apa saja aktiviti di masa lapang bersama. Selain dapat melakukan pekerjaan dengan cepat dan pantas, ia dapat merapatkan dan menyuburkan cinta kalian.
Selamat berkasih sayang…
No comments:
Post a Comment