Friday 12 April 2013

Tips berus gigi bagi golongan >7tahun, remaja dan dewasa..


Latar belakang
Memberus gigi sehingga bersih dan secara berkala adalah langkah utama untuk mengekalkan kesihatan gigi dan gusi. Kesihatan pergigian yang baik merupakan sebahagian penting kesihatan seseorang individu yang menyumbangkan kepada kehidupan berkualiti.
Kepentingan
Memberus gigi dengan berkesan dan secara berkala dapat membantu :
  • membersihkan sisa-sisa makanan dan plak gigi.
  • mencegah kerosakan gigi ( karies gigi ), penyakit gusi ( penyakit periodontium ) dan nafas berbau ( halitosis )
Berapa kerap anda perlu menukar berus gigi?
Bulu Berus Kembang

Tukar berus gigi anda :
  • apabila bulu berus mula kembang atau haus
  • selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk
  • selepas 3 bulan penggunaan



Berapa kerap anda perlu memberus gigi?
Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas makan dan sebelum tidur malam. Beruslah selama 2 hingga 3 minit setiap kali.
Apakah jenis berus gigi yang terbaik?
Pilihlah berus gigi yang memenuhi ciri-ciri berikut:
  • saiz yang sesuai dengan mulut anda
  • pemegang yang selesa dan teguh
  • bulu berus (bristel) yang lembut dan mempunyai hujung yang bulat.
Petua memberus gigi
    kuman di berus gigi
  •  
  • Berus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi
  • Gunakan ubat gigi berfluorida
  • Jangan berkongsi berus gigi & Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan dengan berus gigi lain) untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit melalui bulu berus
  • Sekiranya menggunakan pendakap gigi, sila guna berus gigi ortodontik.


Apakah cara terbaik untuk memberus gigi anda?
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mempraktikkan teknik memberus gigi yang berkesan :
  • Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.
  • Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke belakang dan ke hadapan.
  • Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan beruskan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.
  • Di celah-celah gigi atau kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam.
  • Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.

No comments:

Post a Comment