Friday 12 April 2013

Tips memberus gigi bagi kanak-kanak..


Kenapa gigi perlu diberus?
Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menyapu fluorida yang kepada bahagian gigi. Permulaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.
Mengapa memberus gigi itu penting?

Memberus gigi dengan berkesan adalah penting untuk:
  • Mencegah penyakit gusi
  • Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).
Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ?
Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tabiat membersih mulut harus disemai dari sejak lahir.
Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ?
  • Untuk bayi
  • Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.
  • Untuk kanak-kanak
  • Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
  • Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
  • Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :
  • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
  • Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

Ubat gigi sebesar biji kacang soya.

No comments:

Post a Comment